Friday, November 9, 2012

#5 cinta


Cinta, mampu mengubah satu hati.
Keras menjadi lembut,
Tertutup menjadi terbuka,
ya, itulah cinta, satu keindahan.

Cinta juga boleh menjadi satu keperitan, bergantung kepada tujuan mengapa kita mencintai dia dan mengapa kita dicintai? Adakah kita mencintai dia hanya kerana paras rupa atau hanya untuk berseronok? Adakah dia mencintai kau kerana duit mu atau hartamu? cinta tidak minta banyak tapi cukup dengan kejujuran, tapi manusia sering melakukan kesilapan, mereka khianati kuasa cinta. Mengapa perlu mempermainkan hati dan perasaan? Mengapa tidak perlu terus cinta dan mencintainya sehingga mati? Mengapa perlu jemu? Mengapa perlu ada penceraian sedangkan disitu dahulu terdetik sebuah perasaan cinta? Ya cinta juga boleh memberikan satu penyesalan, terpulanglah kepada kita bagaimana kita mengawal cinta kita.

Baca dan fikir. Jika tidak cinta lepaskanlah, tapi sebelum melepaskannya berusaha untuk mencari jawapan kenapa kau mencintai dia dahulu dan sekarang mengapa kau tidak mencintainya? Jemu? Satu hari nanti pasti kita akan merindui sesuatu yang pernah kita kata jemu dan pada masa itu apabila kita pandang ke belakang untuk melihat dia, dia sudah ke hadapan dengan cintanya.


Monday, October 29, 2012

#4 Friendship

Friends. Who are they?
Friends, people who always lean a shoulder when you need them.
Who always hear your problem, your happiness, your dreams.
Who always give you an advice when you think something not right
Just think. Who are you without friends?
How are you gonna laugh and having fun all day?
doing it all alone without friends.
that suck.
Friendship is not about who come first, its about who stay no matter what happen.

Dear friends,
I miss the day when we hang out together talk about boys, gossiping and do girls stuff. I miss the way when i cried and you comfort me. I miss the way when i had a issue and you always help me by scolding me back. You guys are just like my sisters. Fight with me. Eat with me. Play in the rain with me. I miss the way when we walk together and there a handsome boy walk pass through us and smile at us and we looking at each other because we are melting like hell. Awww :) i miss the way we walk, holding hands. I just miss this. I love you. Whoever read this. You're my friends and i love you :)

Wednesday, October 24, 2012

#3 Dihargai

Kau dan aku,
Aku dan dia,
Ingin sentiasa bersama,
tapi apakan daya kau tak menghargai cinta kita.

Dia menginginkan ku,
Adakah kerana cinta atau keseronokan semata-mata?
Atau hanya kerana nafsu?
Hanya Allah yang tahu.

Adakah aku seperti gadis-gadis yang pernah kau kenal?
Atau aku teristimewa?
Apa yang kita lakukan bersama.
Adakah kau lakukan bersama gadis yang dahulu juga?

Aku tak minta kau satu dunia,
aku hanya minta dihargai.
Dicintai dan disayangi dengan penuh ikhlas
Dan mencintai aku bukan kerana nafsu tapi kerana diriku
Menghargai segala tentang aku dan tentang hidupku
Kerana ku ingin merasa dihargai.
Seperti kau menghargai orang lain.

Menghargai aku dengan rasa kesyukuran.

Tuesday, October 23, 2012

#2 Kebahagiaanmu kebahagiaan dia


Di setiap kegembiraan pasti ada penderitaan,
Di setiap gelak ketawa pasti ada airmata,
Begitu juga hidup dia,
Dia selalu merasa kehilangan,
Kehilangan siapa?
Kehilangan apa?
Jawapan itulah yang dia ingin cari.

Bukan senang untuk mencari jawapan itu,
Jadi dia selami hidupnya yang penuh dengan cabaran,
Dia bersabar hari demi hari,
Airmatanya jatuh hari demi hari memikirkan sampai bila dia harus menanggung rasa sakit ini?
Dia tertanya-tanya dimanakah insan yang dia perlukan saat dia perlukan insan itu?

Dia tidak minta wang tapi dia minta kasih sayang
Dia tidak minta harta dunia tapi cukup bagi dia senyuman dan gelak ketawamu
Dia berasa kosong tidak mendengar suaramu,
Suara kau dan dia bergurau senda,
Menitis airmatanya mengenang kisah silamnya dimana terdapat seribu satu kisah,
Kisah yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata,
Dia hanya mampu berdoa dan berserah,
Semoga Allah temukan kebahagiaan antara mereka.


#1 Sinaran bahagia

Di pagi hari dia bangun,
terlihatnya matahari yang menyinari sinaran hidupnya,
dia terfikir harini ada lagikah sinaran bahagia yang dia lalui hari semalam?

Cinta, apakah cinta tanpa kasih sayang?
Kasih sayang, apakah cinta tanpa kasih sayang?

Bangun berdiri,
Bersiap sedia untuk menghadapi dunia yang sementara ini.
Berdoa kepada yang maha esa.
Semoga hari ini dia akan bertemu sinaran bahagia yang dia impikan.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Insyaallah.