Friday, November 9, 2012

#5 cinta


Cinta, mampu mengubah satu hati.
Keras menjadi lembut,
Tertutup menjadi terbuka,
ya, itulah cinta, satu keindahan.

Cinta juga boleh menjadi satu keperitan, bergantung kepada tujuan mengapa kita mencintai dia dan mengapa kita dicintai? Adakah kita mencintai dia hanya kerana paras rupa atau hanya untuk berseronok? Adakah dia mencintai kau kerana duit mu atau hartamu? cinta tidak minta banyak tapi cukup dengan kejujuran, tapi manusia sering melakukan kesilapan, mereka khianati kuasa cinta. Mengapa perlu mempermainkan hati dan perasaan? Mengapa tidak perlu terus cinta dan mencintainya sehingga mati? Mengapa perlu jemu? Mengapa perlu ada penceraian sedangkan disitu dahulu terdetik sebuah perasaan cinta? Ya cinta juga boleh memberikan satu penyesalan, terpulanglah kepada kita bagaimana kita mengawal cinta kita.

Baca dan fikir. Jika tidak cinta lepaskanlah, tapi sebelum melepaskannya berusaha untuk mencari jawapan kenapa kau mencintai dia dahulu dan sekarang mengapa kau tidak mencintainya? Jemu? Satu hari nanti pasti kita akan merindui sesuatu yang pernah kita kata jemu dan pada masa itu apabila kita pandang ke belakang untuk melihat dia, dia sudah ke hadapan dengan cintanya.