Wednesday, October 24, 2012

#3 Dihargai

Kau dan aku,
Aku dan dia,
Ingin sentiasa bersama,
tapi apakan daya kau tak menghargai cinta kita.

Dia menginginkan ku,
Adakah kerana cinta atau keseronokan semata-mata?
Atau hanya kerana nafsu?
Hanya Allah yang tahu.

Adakah aku seperti gadis-gadis yang pernah kau kenal?
Atau aku teristimewa?
Apa yang kita lakukan bersama.
Adakah kau lakukan bersama gadis yang dahulu juga?

Aku tak minta kau satu dunia,
aku hanya minta dihargai.
Dicintai dan disayangi dengan penuh ikhlas
Dan mencintai aku bukan kerana nafsu tapi kerana diriku
Menghargai segala tentang aku dan tentang hidupku
Kerana ku ingin merasa dihargai.
Seperti kau menghargai orang lain.

Menghargai aku dengan rasa kesyukuran.